Menurut IDF, kawasan itu digunakan sebagai pusat kegiatan Hamas.
Menerusi rakaman, tentera Israel menunjukkan operasi di bangunan yang musnah sambil melepaskan tembakan.
Dakwa IDF lagi, kawasan itu dilengkapi pelancar anti-kereta kebal, jerangkap samar, terowong rahsia, bahan letupan, serta tapak pelancaran serangan ke Israel.
Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata sekurang-kurangnya 45,717 rakyat Palestin dilaporkan terkorban sejak 7 Oktober 2023.
Manakala 108,856 lagi mengalami kecederaan.
