“Ini adalah persiapan tentera IDF dari Briged ke-188 yang giat menjalani latihan ketenteraan di utara sempadan dan ibu pejabat kawalan. Unit-unit pertahanan tentera dipercayai sedang mempergiat latihan ketenteraan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” memetik kenyataan pada Selasa.
Pengumuman berkenaan menekankan tentera Israel telah melancarkan operasi ketenteraan di selatan Lubnan dan operasi besar-besaran itu termasuk rusuhan yang dijalankan berdasarkan maklumat tepat terhadap Hezbollah dan infrastruktur di daerah selatan Lubnan.
“Sasaran adalah ke atas perkampungan yang berdekatan dengan sempadan yang dianggap sebagai ancaman terhadap komuniti Israel yang berada di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.
“Serangan adalah berbentuk serangan terancang oleh anggota IDF terlatih. Mereka disokong oleh artileri berat milik tentera udara Israel dan IDF.
Sejak 23 September lalu, Israel telah melancarkan serangan udara di beberapa kawasan kejiranan di selatan bandar Lebonan dan Gaza.
Sebelum ini, dron Israel melepaskan tembakan tanpa henti dan menjatuhkan bom di timur Khan Younis. Pada masa sama, artileri Israel menyasarkan kejiranan Sheikh Nasser, Bani Suheila dan Khuzaa.
Selain itu, tentera Israel turut meruntuhkan bangunan kediaman di bandar Al-Qarara, timur laut Khan Younis, di tengah-tengah pertempuran antara pejuang penentang Palestin dan pasukan Israel yang beroperasi di kawasan itu.
Terang-terang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa kerana meneruskan serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Oktober.
Pembunuhan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah dalam siri serangan udara sehingga menggegarkan seluruh ibu negara Lubnan terus menarik perhatian dunia.
Sebelum itu, rejim Zionis telah mengumumkan mereka membunuh Komander Tentera Hizbullah, Ibrahim Akil.
Serangan terbaru rejim Zionis berikutan pelancaran ratusan roket oleh pejuang Hezbollah rentas sempadan ke Tel Aviv yang menyaksikan penduduk Israel huru-hara dan lari keluar dari wilayah tersebut.