KAHERAH: Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Gaza di utara wilayah Palestin pada Sabtu (22 Jun), kata pengarah pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas.
Satu serangan Israel ke atas rumah di Al-Shati, sebuha daripada lapan kem pelarian bersejarah di Semenanjung Gaza, membunuh 24 orang, kata Ismail Al-Thawabta Reuters.
Sejumlah 18 lagi rakyat Palestin, dakwa beliau, terbunuh dalam serangan ke atas rumah di kawasan kejiranan Al-Tuffah.
Sementara tentera Israel dalam kenyataan ringkas berkata: "Jet angkatan pertahanan Israel (IDF) telah menyerang dua tapak infrastruktur tentera Hamas di kota Gaza."
Butiran lanjut akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata kenyataan itu lagi.
Hamas pula tidak mengulas mengenai dakwaan Israel telah menyerang infrastruktur ketenteraannya.
Sebaliknya, pasukan pejuang itu dalam kenyataannya menegaskan, serangan itu menyasarkan penduduk awam dan berikrar dalam satu kenyataan "pendudukan dan kepemimpinan Nazinya akan membayar harga untuk pencabulan mereka terhadap rakyat kita."
Rakaman yang diperoleh Reuters menunjukkan berpuluh-puluh rakyat Palestin bergegas keluar untuk mencari mangsa di tengah-tengah rumah yang musnah.
Rakaman itu menunjukkan rumah yang rosak, dinding yang diletupkan, dan serpihan serta debu memenuhi jalan di kem pelarian Shati.
Kempen darat dan udara Israel di Gaza tercetus apabila militan pimpinan Hamas menyerbu ke selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, membunuh kira-kira 1,200 orang dan menawan lebih 250 tebusan, dakwa Israel.
Serangan itu telah menyebabkan Gaza hancur, membunuh lebih 37,400 orang, dengan 101 daripadanya terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk kehilangan tempat tinggal dan melarat.
Lebih lapan bulan selepas perang, kemaraan Israel kini tertumpu kepada dua kawasan terakhir yang masih belum ditawan tenteranya: Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah di tengah.
Penduduk berkata, kereta kebal Israel memperdalam pencerobohan mereka ke kawasan barat dan utara Rafah dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Pada Sabtu, tentera Israel mengebom beberapa kawasan dari udara dan darat, memaksa ramai keluarga yang tinggal di kawasan yang disifatkan sebagai zon kemanusiaan untuk meninggalkan utara.
Tentera Israel mendakwa, tentera meneruskan operasi sasaran "tepat, berasaskan perisikan" di Rafah, membunuh ramai lelaki bersenjata Palestin dan merungkai infrastruktur ketenteraan.
Pada hari Jumaat, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh di Mawasi di barat Rafah dan 50 cedera.
Penduduk Palestin berkata, peluru kereta kebal terkena sebuah khemah yang menempatkan keluarga pelarian.
Dalam perkembangan sama, tentera Israel mendakwa, insiden itu sedang dalam siasatan.
"Siasatan awal yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak ada petunjuk bahawa serangan telah dilakukan oleh IDF di kawasan penempatan pelarian di Al-Mawasi," katanya. - Reuters
Agensi
Sat Jun 22 2024

Penduduk Palestin melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat di sebuah tapak serangan Israel di Gaza pada Sabtu. - Gambar REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.