Menurut jurucakap bahasa Arab Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Avichay Adraee dalam hantaran di X, operasi itu antara lain bertujuan melindungi rakyat Israel daripada ancaman pasukan pejuang itu.
Katanya, operasi dilakukan dalam keadaan syarat gencatan senjata dipatuhi.
Avichay turut mendakwa operasi juga menyaksikan penemuan infrastruktur bawah tanah Hezbollah sebelum dimusnahkan tentera rejim.
Ujarnya, pasukan turut menemui pelbagai aset tempur, termasuk peluru mortar dan roket.
Dakwanya lagi, infrastruktur berukuran puluhan meter itu juga mempunyai satu pintu keluar menuju ke lokasi pelancaran peluru berpandu ke arah kawasan ketenteraan Israel.