TEL AVIV: Keluarga tebusan Israel di Gaza, diketuai oleh Zahiro Shahar Mor menggesa Presiden Israel Benyamin Netanyahu membawa pulang mereka yang ditahan terlebih dahulu sebelum fasa kedua perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas bermula.

Zahiro yang merupakan merupakan anak saudara Abraham Munder yang meninggal dunia dalam tahanan di Gaza menyifatkan ketika ini, kerajaan Israel telah melakukan tindakan untuk menggagalkan fasa kedua perjanjian tersebut.

"Malangnya, pada masa ini, kerajaan Israel telah melakukan segala yang mungkin untuk menggagalkan fasa kedua perjanjian tersebut. Rundingan untuk fasa kedua, yang dijadualkan bermula hampir dua minggu lalu, masih belum dimulakan.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Pasukan perunding Israel belum menerima mandat diperlukan untuk memastikan fasa kedua perjanjian tersebut. Percepatkan pelepasan tahanan yang dijadualkan dan bawa semua orang pulang dengan cepat," katanya. 

Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Awal bulan ini, Hamas mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula.

Jurucakap kumpulan itu, Abdel Latif al-Qanoua, dalam satu kenyataan memberitahu, selain genjatan senjata, tumpuan Hamas adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat kami di Gaza.