TEHRAN: Dalam pelanggaran terbaru terhadap gencatan senjata yang bermula pada 27 November 2024, tentera Israel telah menyerang dan membakar rumah di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik media tempatan.

Tentera Israel membakar beberapa rumah di Aitaroun, yang terletak di daerah Bint Jbeil di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Rabu.

NNA turut melaporkan dron Israel dikesan terbang di ruang udara Dahieh, pinggir bandar Beirut dan Tyre, bandar kelima terbesar di Lubnan, melanggar gencatan senjata buat kali kedua pada hari pertama 2025.

Namun, Israel telah banyak kali melanggar perjanjian gencatan senjata itu.

-- BERNAMA