Kesemua Majlis Agama Islam di tiga wilayah Selatan Thailand, Narathiwat, Pattani dan Yala tidak membenarkan pernikahan pasangan bawah umur 18 tahun termasuk pasangan dari Malaysia.
Namun menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Pattani, Salahuddin Yusuf kelonggaran diberikan kepada pasangan terutama wanita bawah 18 tahun yang membawa dan mendapat keizinan ibu bapa mereka untuk melangsungkan perkahwinan.
"Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.
"Namun kita bagi kelonggaran dengan membenarkan atau menikahkan pasangan yang berumur bawah 18 tahun yang membawa ibu bapa mereka dan mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa pasangan" katanya ketika ditemui di pejabat Majlis Agama Islam Pattani pada Rabu.
Di samping itu juga, bagi pasangan bawah umur yang mahu bernikah mereka juga perlu membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum dapat dinikahkan.
Menyentuh mengenai pasangan dari Malaysia yang bernikah di dalam wilayah Pattani dan berdaftar di Majlis berkenaan, Salahuddin menjelaskan sepanjang tahun lepas merekodkan 180 pasangan yang bernikah termasuk yang bergelar 'Datuk'.
"Sepanjang tahun lepas, antara 15-18 pasangan dari Malaysia yang bernikah dalam wilayah Pattani dalam sebulan. Bulan Disember mencatatkan jumlah 24 pernikahan, satu angka tinggi berbanding bulan lain" ujarnya.
Menurut Salahuddin lagi, kebanyakan pasangan dari Malaysia yang bernikah di Pattani merupakan pasangan yang mendirikan pernikahan buat kali kedua atau berpoligami.
Mereka terpaksa bernikah di selatan Thailand bagi mengelakkan diketahui isteri pertama, mengelakkan dari diketahui keluarga serta anak-anak dan rakan terutama melibatkan penjawat awam dan mereka yang berprofile tinggi.
Majlis Agama Islam menetapkan caj perkahwinan pasangan adalah 4,500 Baht (RM608).
Pada masa sama, beliau mengingatkan supaya pasangan dari Malaysia supaya tidak menjalankan upacara pernikahan dengan kumpulan sindiket yang beroperasi berdekatan sempadan samada di Sungai Golok dan Sadao.
Ini kerana Majlis Agama Islam di Selatan Thailand tidak mengiktiraf sindiket berkenaan malahan tidak akan mengeluarkan sijil Nikah Majlis Agama dan surat pengesahan perkahwinan.
Kumpulan sindiket yang menjalankan upacara pernikahan itu mengenakan bayaran sehingga 30,000 Baht (RM4,055) ke atas pasangan.
Mereka yang bernikah melalui sindiket itu juga berdepan masalah pengesahan pernikahan sama ada di Thailand atau Malaysia.
Vivi Sumanti
Wed Jan 08 2020

SALAHUDDIN: Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah
Ia sebahagian daripada usaha kementerian dalam menangani isu perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur yang tidak mendapat akses pendidikan.

Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur
Kerajaan negeri menerusi Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi berkaitan.

Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad
Jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes.

Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah
Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.

Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur
Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.

R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.

Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah
Masih terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.

P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan
Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.

Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memulakan perbincangan melibatkan menteri-menteri berkaitan, termasuk yang dalam bidang agama dan undang-undang.