KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.
Pada masa sama, Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berpendapat, ia bagi mengelak kanak-kanak daripada terus keciciran dan terjebak dengan perkahwinan kanak-kanak.
Langkah itu juga boleh dilaksanakan melalui bantuan-bantuan geran yang disediakan khusus untuk golongan B40.
"Kalau dilihat memang sudah ada pelan untuk mengatasi masalah kemiskinan ini iaitu isu menyediakan skim geran... sebab kita dalam keadaan COVID ini memang ada bantuan-bantuan yang kerajaan berikan.
"Namun, dicadangkan juga ada geran disediakan untuk anak-anak yang dalam kumpulan B40 dan kita nak juga dapatkan daripada Kementerian Pelajaran supaya menjadikan (kehadiran ke) sekolah menengah itu wajib.
"Jadi kalau sekolah rendah wajib, sekolah menengah wajib, maka mereka ini perlu ke sekolah, mendapat pendidikan dan tidak perlu berada di luar sekolah yang akhirnya terlibat dengan perkahwinan kanak-kanak," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, isu kemiskinan adalah sebab utama yang menyumbang kepada berlakunya perkahwinan kanak-kanak.
"Apabila kehidupan itu sukar, ada kanak-kanak yang berhenti sekolah. (Contohnya, mempunyai) adik yang ramai tak sekolah (maka hendak) beri peluang kepada adik-adik. Kemudian berasakan dia beban kepada keluarga. Itu juga antara sebab tidak cukup wang, (maka) anak perempuan dikahwinkan. Daripada dulu sampai sekarang berlaku perkara ini.
"Namun kita tidaklah seteruk sesetengah negara di mana anak-anak dikahwinkan sebab nak bayar hutang, dikahwinkan sebab-sebab tertentu. Ada adat budaya negara lain yang tiada dalam negara kita.
"Di negara kita ini, pada awal lagi (terdapat) persepsinya bahawa kanak-kanak perempuan tidak perlu pendidikan tinggi dan keluarga miskin menyebabkan anak usia muda dikahwinkan untuk lepaskan tanggungjawab ibu bapa," katanya lagi.
Dalam pada itu Prof. Noor Aziah berpendapat silibus kesihatan reproduktif tidak menampakkan kesan kepada kanak-kanak di sekolah.
Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan guru yang terlatih bagi memberi pembelajaran kepada murid-murid sekolah mengenai silibus yang sebelum ini dikenali sebagai pendidikan seks itu.
"Yang menjadi kebimbangan dan rasa duka cita kami ialah apabila kita bercakap dengan KPM misalnya, dia kata silibus itu sudah ada. Namun apabila kita membuat konsultasi, dan berbincang dengan kanak-kanak, mereka tidak nampak di manakah silibus itu diterapkan kepada anak-anak ini.
"Jadi bagi kita adalah sangat penting satu silibus khas yang diajar oleh guru yang terlatih. Kita tak boleh ada silibus sahaja, tetapi tidak ada orang yang terlatih untuk memberi pelajaran mengenai kesihatan reproduktif ini," ujarnya.
Jelas beliau, kesihatan reproduktif lebih kepada menjaga diri, kesihatan dan reproduktif.
"Ia juga mendidik anak-anak mengenai kesan kepada sesuatu perbuatan kalau dia mengadakan hubungan seksual, ini adalah kesannya seperti mengandung.
"Ini penting juga kepada anak lelaki. Apabila dia dewasa, dia ada keinginan tertentu.Ini yang penting supaya mereka memahami dan menjaga diri mereka dari segi hubungan seksual ini," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 09 2021
Langkah mewajibkan kehadiran hingga tamat sekolah menengah adalah antara usaha untuk mengelakkan perkahwinan pada awal usia. - Gambar hiasan
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.
Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah
Ia sebahagian daripada usaha kementerian dalam menangani isu perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur yang tidak mendapat akses pendidikan.
Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur
Kerajaan negeri menerusi Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi berkaitan.
Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad
Jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes.
Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah
Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.
Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur
Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.
R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.
Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah
Masih terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.
P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan
Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.
Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memulakan perbincangan melibatkan menteri-menteri berkaitan, termasuk yang dalam bidang agama dan undang-undang.