KUALA LUMPUR: Jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur bagi orang Islam menunjukkan penurunan dalam tempoh tiga tahun selepas penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Kahwin Bawah Umur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes.
Ini berbanding jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018 yang dicatatkan bagi seluruh negeri di Malaysia iaitu sebanyak 2,885 kes.
"Perbandingan jumlah yang dicatatkan dalam tempoh tiga tahun sebelum dan selepas penguatkuasaan SOP Permohonan Kahwin Bawah Umur menunjukkan pengurangan sebanyak 787 kes," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah-langkah lain untuk membanteras perkahwinan bawah umur.
Mengulas lanjut, Idris berkata Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM Bil. 1/2021 pada 22 September 2021 berpendirian bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam.
"Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengambil langkah bagi memastikan pihak yang memohon untuk berkahwin di bawah umur melalui satu proses penilaian yang ketat dalam memastikan kepentingan semua pihak terlibat dipelihara.
"Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengeluarkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018 yang berkuatkuasa pada 28 September 2018," ujarnya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 16 2021

Idris berkata jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes. -Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah
Ia sebahagian daripada usaha kementerian dalam menangani isu perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur yang tidak mendapat akses pendidikan.

Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur
Kerajaan negeri menerusi Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi berkaitan.

Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad
Jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes.

Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah
Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.

Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur
Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.

R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.

Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah
Masih terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.

P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan
Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.

Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memulakan perbincangan melibatkan menteri-menteri berkaitan, termasuk yang dalam bidang agama dan undang-undang.