MOSCOW: Polis dari Essex United Kingdom (UK) mengumumkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian 39 pendatang Vietnam pada 2019 telah ditahan, lapor Sputnik.
Lelaki itu ditahan dekat Milan, utara Itali oleh polis tempatan yang bekerjasama dengan Agensi Jenayah UK, kata polis.
Suspek itu bakal didakwa di mahkamah di Itali atas pertuduhan bersubahat membantu kemasukan pendatang secara haram dan melakukan jenayah.
Sebahagian besar anggota kumpulan penyeludup yang terlibat dalam sindiket itu telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara. Antaranya ialah Ronan Hughes dan Gheorghe Nica dengan masing-masing dihukum penjara 20 dan 27 tahun.
Pada 23 Oktober 2019, mayat 39 pendatang ditemui dalam sebuah trak kontena yang tiba di UK dari Belgium, kesemua mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
Pada 23 Oktober 2019, mayat 39 pendatang ditemui dalam sebuah trak kontena yang tiba di UK dari Belgium, kesemua mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas. - Gambar fail/Reuters
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Kaspersky Labs kini tutup perniagaan di UK pula
Kaspersky Labs mengatakan bahawa ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.
UK gesa rakyatnya segera tinggalkan Lubnan
Gesaan itu dibuat memandangkan ketegangan di Lubnan semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK mula proses tamat penerbangan terus dengan Iran
United Kingdom (UK) telah memulakan proses menamatkan penerbangan terus dengan Iran berhubung dakwaan Tehran membekalkan senjata kepada Rusia.
Jordan sambut baik keputusan UK gantung sebahagian eksport senjata ke Israel
Jordan sifatkan keputusan Britain gantung lesen eksport senjata ke Israel langkah penting dalam usaha melindungi nyawa orang awam.
Pengarah Hydroshoppe dapat pelepasan sementara pasport untuk ke UK
Mahkamah membenarkan permohonan Pengarah Syarikat Hydroshoppe Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh bagi mendapatkan pasport sementara.
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
Maklumat salah punca rusuhan di UK: Media sosial jadi dalang penyebarannya
Kebanjiran maklumat salah dalam talian dikenal pasti sebagai faktor utama dalam memburukkan lagi keadaan di UK.
Downing Street akan adakan mesyuarat khas, bincang rusuhan di UK
Downing Street mengesahkan akan mengadakan mesyuarat tindak balas kecemasan pada Isnin selepas lebih 150 orang ditangkap berikutan rusuhan di pekan dan bandar di United Kingdom pada hujung minggu.