Ringkasan AI
- Simplify this article, in Bahasa Melayu, into 3 short main points - Downing Street mengesahkan akan mengadakan mesyuarat tindak balas kecemasan pada Isnin selepas lebih 150 orang ditangkap berikutan rusuhan di pekan dan bandar di United Kingdom pada hujung minggu. Ia berlaku selepas Perdana Menteri, Keir Starmer mengutuk serangan ke atas sebuah hotel yang menempatkan pencari suaka di Rotherham dan berjanji mereka yang terlibat dalam pergolakan akan menghadapi "undang-undang yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya". Polis bertindak balas terhadap adegan ganas di Rotherham, Middlesbrough, Bolton dan bahagian lain di UK pada hari Ahad. Pertemuan Cobra (mesyuarat khas) itu menyusul selepas rusuhan terburuk pernah berlaku di UK sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susulan insiden tiga gadis ditikam di Southport minggu lalu, memetik laporan BBC. Pelbagai lokasi di England dan Ireland Utara telah menyaksikan keganasan tercetus sejak beberapa hari lepas. Menurut ahli politik, keganasan itu telah tercetus akibat maklumat salah di media sosial dan kumpulan sayap kanan yang mencetuskan ketegangan. Mesyuarat Cobra, atau mesyuarat COBR seperti yang sering juga dipanggil, dinamakan sempena Bilik Taklimat Pejabat Kabinet A di Whitehall. Ia adalah jawatankuasa tindak balas kecemasan, perjumpaan menteri, penjawat awam, polis, pegawai risikan dan lain-lain yang bersesuaian dengan perakara dibincangkan. Mesyuarat jawatankuasa kecemasan itu bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada kerajaan mengenai keganasan tersebut dan tindak balas pada hari-hari mendatang. Ia akan melibatkan menteri dan wakil polis yang berkaitan. Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper berkata, jelas isu tersebut yang tersebar di media sosial, yang bertindak sebagai -pencetus di sebalik penyebaran maklumat salah dan juga keganasan ini.- -Syarikat media sosial perlu mengambil sedikit tanggungjawab. Kita juga perlu memastikan bahawa aktiviti jenayah dalam talian sedang dijalankan-, katanya kepada BBC Breakfast.
Ia berlaku selepas Perdana Menteri, Keir Starmer mengutuk serangan ke atas sebuah hotel yang menempatkan pencari suaka di Rotherham dan berjanji mereka yang terlibat dalam pergolakan akan menghadapi "undang-undang yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya".
Polis bertindak balas terhadap adegan ganas di Rotherham, Middlesbrough, Bolton dan bahagian lain di UK pada hari Ahad.
Pertemuan Cobra (mesyuarat khas) itu menyusul selepas rusuhan terburuk pernah berlaku di UK sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susulan insiden tiga gadis ditikam di Southport minggu lalu, memetik laporan BBC.
Pelbagai lokasi di England dan Ireland Utara telah menyaksikan keganasan tercetus sejak beberapa hari lepas.
Menurut ahli politik, keganasan itu telah tercetus akibat maklumat salah di media sosial dan kumpulan sayap kanan yang mencetuskan ketegangan.
Mesyuarat Cobra, atau mesyuarat COBR seperti yang sering juga dipanggil, dinamakan sempena Bilik Taklimat Pejabat Kabinet A di Whitehall.
Ia adalah jawatankuasa tindak balas kecemasan, perjumpaan menteri, penjawat awam, polis, pegawai risikan dan lain-lain yang bersesuaian dengan perakara dibincangkan.
Mesyuarat jawatankuasa kecemasan itu bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada kerajaan mengenai keganasan tersebut dan tindak balas pada hari-hari mendatang.
Ia akan melibatkan menteri dan wakil polis yang berkaitan.
Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper berkata, jelas isu tersebut yang tersebar di media sosial, yang bertindak sebagai “pencetus di sebalik penyebaran maklumat salah dan juga keganasan ini.”
“Syarikat media sosial perlu mengambil sedikit tanggungjawab. Kita juga perlu memastikan bahawa aktiviti jenayah dalam talian terus disiasat”, katanya kepada BBC Breakfast.