LONDON: United Kingdom (UK) menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Lubnan dalam waktu yang terdekat.

Dalam satu kenyataan di X pada Khamis, Setiausaha Luarnya, David Lammy berkata, gesaan itu dibuat memandangkan ketegangan di negara itu semakin meningkat dan situasi mampu memburuk dengan pantas.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat UK untuk mendapatkan nasihat perjalanan di laman web rasmi kerajaan.
Lammy sebelum itu menghubungi rakan sejawatnya dari Lubnan, Najib Mikati.


Dalam perbualan telefon iitu, Lammy menyatakan kebimbangan mendalam mengenai peningkatan ketegangan dan jumlah mangsa penduduk awam di Lubnan.

Beliau turut membincangkan keperluan untuk rundingan bagi mengembalikan kestabilan dan keselamatan di kawasan sempadan antara Israel dan Lubnan.