LONDON: United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge, menurut laporan PA Media.

Agensi Kesihatan UK mengeluarkan amaran kesihatan untuk kawasan East dan West Midlands, East of England, South East, South West, North West dan London, yang berkuat kuasa sehingga 9 pagi Rabu.

"Hari ini merupakan hari paling panas untuk 2024 dengan suhu 34.8 darjah Celcius direkodkan di Cambridge.

"Tahun ini merupakan tahun ke-11 sejak 1961, dengan suhu 34.8 darjah Celcius dicatatkan.

"Daripada 10 tahun yang direkodkan dengan suhu setinggi itu, lapan tahun daripadanya berlaku selepas 2000.

"Ini menunjukkan peningkatan suhu dalam tempoh dua dekad terakhir," menurut catatan Met Office di media sosial pada Isnin.

-- BERNAMA