WASHINGTON:Pentagon mengumumkan lebih ramai meletakan jawatan pada Selasa, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menulis di Twitter mengenai pemecatan Setiausaha Pertahanan, Mark Esper, lapor Agensi Anadolu.
"Hari ini, Pemangku Setiausaha Pertahanan untuk Dasar, Dr. James Anderson, Ketua Setiausaha Pertahanan untuk Perisikan dan Keselamatan, Joseph Kernan dan Ketua Turus kepada Setiausaha Pertahanan, Jen Stewart menyerahkan surat peletakan jawatan," katanya dalam satu kenyataan.
Ketiga-tiganya mengumumkan pengunduran mereka berkuat kuasa serta merta.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Anderson, Laksamana Kernan, dan Jen Stewart atas khidmat mereka kepada negara dan Jabatan," kata Pemangku Setiausaha Pertahanan, Christopher Miller.
"Sepanjang karier mereka, masing-masing telah memberikan sumbangan besar kepada pertahanan negara dan masa depan Jabatan Pertahanan. Kami mendoakan yang terbaik dalam usaha mereka seterusnya," tambahnya.
Menurut kenyataan itu, Anthony Tata, Ezra Cohen-Watnick dan Kash Patel telah dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut.
Trump pada Isnin berkata, beliau telah "memecat" Esper dan menggantikannya dengan Miller, yang bertugas sebagai Pengarah Pusat Pencegahan Keganasan Nasional.
Miller, bekas pegawai Pasukan Khas Tentera Darat, kini menjadi orang kelima yang memimpin Jabatan Pertahanan selama hampir empat tahun pentadbiran Trump.
Keputusan Trump untuk menyingkirkan Esper dibuat hanya dua hari selepas beliau dikatakan kalah dalam persaingan Rumah Putih tahun ini dengan lawan dari Demokrat, Joe Biden, yang kini terpilih sebagai presiden. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020
Donald Trump telah memecat Mark Esper (gambar) pada Isnin dan menggantikannya dengan Miller, yang bertugas sebagai Pengarah Pusat Pencegahan Keganasan Nasional. - Gambar REUTERS
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Trump lantik doktor selebriti, Dr Oz ketuai program insurans kesihatan Amerika
Oz merupakan pencalonan terbaharu Trump selepas melantik Pete Hegseth, Robert F Kennedy Jr dan jutawan Elon Musk.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.