Antara yang cedera termasuk empat orang dengan kesan melecur dan seorang individu yang mengalami kecederaan akibat terjatuh, kata polis.
Tiada seorang pun daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.
Berkaitan dengan kebakaran itu, seramai 65 orang telah menerima rawatan perubatan, namun polis tidak memberikan sebarang maklumat mengenai umur dan jantina mereka yang cedera.
Kejadian itu berlaku apabila sebuah daripada gondola roda Ferris terbakar sekitar pukul 9 malam (1900 GMT) pada Sabtu.
Kebakaran itu kemudian merebak ke gondola kedua. Kedua-duanya musnah sepenuhnya akibat kebakaran, menurut seorang wartawan dpa di tempat kejadian.
-- BERNAMA