Seorang lelaki yang menyembunyikan beberapa pengunjung termasuk seorang bayi di sebuah tempat penyimpanan sejuk bawah tanah di pasar raya Hyper Cacher diangkat sebagai wira, lapor The Guardian.

Semuanya dilakukan demi menyelamatkan pengunjung pasaraya itu daripada ditembak pengganas yang menyerbu pasar raya itu dalam drama tebusan yang berlaku di Paris.

Tindakan Lassana Bathily, 24 tahun dan beragama Islam yang juga merupakan kakitangan pasar raya itu dipuji kerana mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan pengunjung lain.

“Bila saya nampak mereka berlari turun, saya buka pintu ke ruang penyimpanan sejuk itu,” katanya kepada French TV. “Beberapa pengunjung bersama saya. Saya tutup lampu dan pintu peti sejuk itu. Saya beritahu mereka agar tenang dan meminta mereka diam.”

Polis pada awalnya mengesyaki Bathily merupakan salah seorang daripada pengganas apabila dia berjaya keluar daripada lokasi itu dengan menggunakan lif barang di pasar raya itu. “Polis mengarahkan saya menyerah. Mereka menggari tangan saya dan menahan saya lebih sejam kerana menyangka saya salah seorang daripada mereka,” tambahnya. Setelah dibebaskan, saya telah menyerahkan pelan terperinci pasar raya itu dan lokasi di mana pengunjung bersembunyi.

Selepas insiden tersebut, beberapa pengunjung yang telah dibantu telah berterima kasih kepada saya. “Bila mereka selamat, mereka berterima kasih kepada saya,” tambahnya lagi.

Beberapa pengguna di media sosial turut mengiktiraf keberaniannya.