Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Astro Awani
Wed Sep 25 2024
Lapangan Terbang Nusantara di IKN itu dijangka beroperasi tidak lama lagi. - Foto X/Polres Ppu
IBU KOTA NUSANTARA: Presiden Indonesia Joko Widodo mendarat buat pertama kali di lapangan terbang baharu yang terletak di Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur, pada Selasa.
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Lapangan Terbang Nusantara di IKN itu dijangka beroperasi tidak lama lagi.
Pembinaan fasa pertama landasan sepanjang 2,200 meter di lapangan terbang itu telah siap, walaupun asalnya ia dijangka siap sebelum 17 Ogos lepas.
Ia tertunda akibat hujan lebat di IKN.
Jokowi sebelum ini dilaporkan akan mula bertugas di IKN selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober ini.
Beliau selepas itu akan digantikan dengan Prabowo Subianto, yang menang Pilihan Raya Presiden Indonesia dan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober.