Lapangan Terbang Antarabangsa The Leonard M. Thompson di Freeport, Bahamas antara yang musnah teruk terkena penangan Taufan Dorian yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu.

Hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 300 kilometer sejam menyebabkan landasan dan kawasan meletak pesawat di lapangan terbang itu ditenggelami banjir.

Sehingga ini sekurang-kurangnya 20 mangsa disahkan maut.

Perdana Menteri Hubert Minnis ketika mengesahkan jumlah kematian itu pada Rabu berkata angka korban dijangka meningkat apabila operasi mencari dan menyelamat diperluas.


Menurutnya, majoriti kematian dicatatkan di wilayah Abacos.

Usaha menyelamat mangsa akibat Taufan Dorian di Bahamas sedang dipergiat.


Lapangan Terbang Antarabangsa The Leonard M. Thompson di Freeport, Bahamas antara yang musnah teruk terkena penangan Taufan Dorian. - Foto  Google Map & AP

Pasukan keselamatan menggunakan jet ski dan jentolak untuk memindahkan mangsa yang terkesan akibat ribut dahsyat itu.

Bantuan kecemasan dan makanan juga disalurkan bagi memastikan penduduk tempatan dalam keadaan selamat. - Agensi