Perdana Menteri Hubert Minnis ketika mengesahkan jumlah kematian itu pada Rabu berkata angka korban dijangka meningkat apabila operasi mencari dan menyelamat diperluas.
Menurutnya, majoriti kematian dicatatkan di wilayah Abacos.
Pasukan keselamatan menggunakan jet ski dan jentolak untuk memindahkan mangsa yang terkesan akibat ribut dahsyat itu.
Bantuan kecemasan dan makanan juga disalurkan bagi memastikan penduduk tempatan dalam keadaan selamat.
Sementara itu, lapangan terbang dilaporkan ditenggelami air manakala jalan raya utama rosak akibat angin dengan kelajuan 300 kilometer sejam yang membadai kepulauan itu.
Taufan yang kini dikategorikan pada tahap tiga itu dilapor sedang menuju ke Carolina Selatan dan Utara.