BRUSSELS/BRATISLAVA: Konflik di Asia Barat tidak dapat diselesaikan tanpa pengiktirafan terhadap kedaulatan negara Palestin, kata Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovakia, Juraj Blanar selepas sesi Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.
Agensi berita Slovakia, TASR, melaporkan Blanar berkata pada Ahad, menteri luar EU bertemu dengan diplomat dari beberapa negara Arab, yang telah cuba menjadi pengantara gencatan senjata antara Palestin dan Israel, berhubung situasi "bencana" yang berlaku di Semenanjung Gaza.
Pertemuan itu digerakkan oleh Norway dan Arab Saudi.
"Kami kebanyakannya membincangkan tentang hasil akhir yang kami inginkan. Ini bermakna gencatan senjata, bantuan kemanusiaan dan penyelesaian dua negara," kata Blanar.
Sesi pada Isnin itu diadakan dengan kehadiran diplomat dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Setiausaha Agung Liga Negara Arab, menurut TASR.
Majlis Hal Ehwal Luar Negeri EU mengutuk tingkah laku agresif peneroka Yahudi di wilayah yang diduduki di Tebing Barat, menurut laporan itu.
Menurut wakil negara Arab, keagresifan peneroka telah meningkat dengan pesat dan aktiviti seperti itu tidak menyumbang kepada usaha perdamaian.
"Kesimpulannya, walaupun sukar, rundingan bersama dengan Israel, berdasarkan Perjanjian EU dengan Israel, akan diteruskan.
"Kami akan menyampaikan bahawa Israel perlu menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai keperluan untuk menghentikan pertempuran di Rafah dan membuka semula seberapa banyak laluan dari Israel dan Mesir, untuk membolehkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi dapat disalurkan kepada rakyat Palestin," kata Blanar.
Blanar juga menegaskan bahawa rakyat Palestin telah terdedah kepada kebuluran, kekurangan bantuan perubatan dan air minuman yang bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Konflik di Asia Barat tidak dapat diselesaikan tanpa pengiktirafan terhadap kedaulatan negara Palestin, kata Menteri Luar Slovakia, Juraj Blanar. - Foto FB Juraj Blanár

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia - IRIS Institute
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS hanya akan memperkukuhkan kedudukan Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin.

Kecaman antarabangsa memuncak susulan serangan udara Israel ke atas Iran
Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan itu dengan menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.

India bimbang dengan perkembangan di Asia Barat
India berkata ia sangat bimbang terhadap peningkatan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sekitarnya.

Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran
Kementerian Luar Indonesia berkata semua pihak perlu mengawal diri dan elak daripada sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan.

Sidang Kemuncak BRICS: Resolusi 134 perkara ketengahkan isu Asia Barat, reformasi PBB
Sembilan negara anggota kesatuan itu menegaskan, reformasi PBB perlu bermula dengan Majlis Keselamatannya.

Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.

“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.

AS komited cegah penularan konflik Asia Barat - Blinken
Blinken berkata situasi di Asia Barat, terutamanya konflik di Gaza, terus menjadi fokus utama Washington.

Pembunuhan, kemusnahan di Asia Barat mesti berakhir - PBB
Volker Turk berkata kini lebih daripada sebelumnya keberanian politik, kepimpinan dan belas kasihan amat diperlukan di di Asia Barat.

'Kesakitan yang tidak tertanggung' dalam konflik Asia Barat - Palang Merah
Tahun ini ditandai dengan kekecewaan dan persoalan yang tidak terjawab, kata ICRC.