Menurut Putin, tidak ada pihak yang mahu mellihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kata beliau, walaupun tidak terlibat secara langsung, Rusia tidak mendapat sebarang manfaat daripada lanjutan konflik itu.
“Tidak kira apa yang orang kata, Rusia tidak berminat untuk melihat konflik Asia Barat menjadi semakin teruk,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada Rusia memberikan bantuan kepada Iran dalam serangan balasnya terhadap Israel.
“Sudah tentu kami berhubung rapat dengan kepimpinan Iran.
“Kami nampak peranan kami dalam mewujudkan keadaan yang sesuai untuk menyelesaikan konflik ini, dengan mencari kompromi bersama. Saya percaya ia boleh dilakukan.
“Dari dialog saya di Sidang Kemuncak BRICS, saya nampak tiada siapa di rantau itu yang mahu konflik ini terus berkembang dan menjadi perang yang lebih besar.
Beliau berkata demikian pada sidang media penggulungan Sidang Kemuncak BRICS di sini, pada Khamis.