SEJAK kebelakangan ini, kita digemparkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia dan ada yang menganggapnya sebagai fenomena yang pelik.
Antara negara yang dilanda keadaan cuaca ekstrem sekarang ini adalah Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian timur laut negara itu yang mengalami cuaca sejuk melampau.
Malah, setakat hari Sabtu, 18 orang dikatakan terkorban dari keadaan cuaca yang melanda di AS.
GALERI FOTO: Amerika membeku!
Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan manusia, malah turut memberi cabaran buat spesies haiwan.
Dalam satu laporan mengejutkan, pihak berkuasa tempatan di Cape Cod menemui hidupan laut seperti jerung putih Atlantik dan penyu yang mati akibat terperangkap dalam suhu yang menjunam secara drastik itu.
BACA: Sejuk ekstrem di Amerika: Jerung dan penyu ditemui mati beku
BACA: 18 maut dalam cuaca sejuk ekstrem di timur laut Amerika Syarikat
Jika sebahagian besar kawasan di utara Amerika Syarikat merekodkan suhu rendah ketika ini, lain pula ceritanya di Sydney apabila kota popular Australia itu mencatatkan suhu paling tinggi.
BACA: Otak kelawar umpama digoreng akibat panas melampau di Sydney
BACA: Sydney tempat paling panas di Bumi, suhu cecah 47.3 C!
Pada Ahad, suhu di Sydney mencecah 47.3 darjah Celsius sekali gus menjadikannya tempat paling panas di dunia!
BACA: Sydney the hottest place on Earth after reaching 47.3 C
Bukan itu sahaja, pasti ramai yang tidak percaya apabila salji dikatakan turun di padang pasir.
Ini yang berlaku di Gurun Sahara di utara Algeria yang lazimnya digambarkan dengan lapangan tandus dan landskap gumuk pasir di bawah matahari terik. Pada Ahad, penduduk di Ain Sefra dikejutkan dengan hamparan salji putih.
BACA: Terjadi lagi, lapisan salji di Gurun Sahara
Dalam pada itu, keadaan cuaca yang tidak menentu turut melanda Asia Tenggara. Ini yang terjadi di Selatan Mindanao, Filipina apabila negara itu dilanda ribut tropika Tembin Disember lepas.
Walaupun Filipina sering dilanda ribut taufan, namun kejadian ribut tropika Tembin itu berlaku di lokasi yang jarang sekali dilanda bencana seumpamanya. Kesannya membadai hingga ke pedalaman Mindanao di selatan negara kepulauan itu.
Dalam kejadian berkenaan, hujan lebat berserta angin kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 120 orang akibat dari tanah runtuh yang dihanyutkan arus deras.
BACA: Ribut Tropika Tembin: Sambutan Krismas di pusat pemindahan
BACA: Ribut Tropika Tembin: 160 mangsa masih hilang
Filipina bukan sahaja yang dibadai ribut Tembin, malah Vietnam turut terkena tempiasnya.
Tiga wilayah Lanao del Norte, Lanao del Sur dan semenanjung Zamboanga adalah kawasan paling teruk terjejas dibadai ribut tropika ini.
BACA: Selepas Filipina, bencana ribut Tembin membadai Vietnam
Sementara itu, di Malaysia pula, saban tahun terus berdepan dengan kejadian banjir yang disebabkan hujan lebat. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telahpun mengeluarkan amaran hujan lebat bermula Rabu, 10 Januari sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.
Ribut petir yang sering kali terjadi pada akhir tahun kini dilihat lanjut sehingga awal tahun 2018.
BACA: Pahang, Johor, Sarawak bakal dilanda banjir bermula Rabu - NADMA
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Jan 10 2018
![Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515552816_CuacaDunia.jpg)
Amerika, Algeria dan Australia antara negara yang mengalami keadaan cuaca yang ekstrem. - Gambar fail
![Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723716849_TBNidzaAfham.jpg)
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723333084_GazaCityschool.jpg)
Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat subuh di Sekolah Al-Tabin.
![Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723007777_WomenBoxing.jpg)
Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final
Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros apabila Imane Khelif berjaya mara ke final kategori 66 kilogram.
![Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714316360_TBBADMINTONLEEZI.jpg)
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
![Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703512397_UNSCR.jpg)
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
![Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703176012_TBALGERIA.jpg)
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
![Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680775993_kucing.jpg)
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
![Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675269131_Khadidja.jpg)
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
![Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670903692_TBMOROCCOFIFA.jpg)
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
![Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667100094_TBAhmedAboulGheit.jpg)
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
![Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660581990_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.