PERTIKAIAN dan konflik di Laut China Selatan telah menimbulkan kebimbangan global.
Isu Laut China Selatan kembali tegang berikutan persaingan kuasa besar di wilayah lautan paling strategik di dunia ketika ini menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Pertikaian terhadap hak pemilikan,persempadanan semula wilayah serta hak laluan dan akses kepada sumber seperti hasil hidupan laut, minyak, gas bukan hanya melibatkan negara China malahan Malaysia, Brunei, Vietnam, Singapura dan Taiwan.
Konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara kuasa Barat dan kuasa Timur yang diterajui oleh Amerika Syariat dan Britain serta China dan Rusia.
Konflik ini dijangka berterusan dan bakal menjadikan Laut China Selatan pentas peperangan antara kedua-dua blok kuasa besar ini.
Peningkatan aktiviti ketenteraan China dan Amerika Syarikat di perairan Laut Cina Selatan juga menunjukkan pentingnya Malaysia untuk memperkukuhkan pertahanan laut negara di perairan ini.
Beberapa insiden yang melibatkan Laut Cina Selatan yang semakin meningkat kebelakangan ini perlu diberikan perhatian.
Beijing mengecam tindakan Amerika Syarikat yang dilihat berada di perairan wilayahnya dianggap sebagai pencabulan terhadap keutuhan wilayahnya.
Ketegangan konflik antara Filipina dan China berkaitan tindakan China menggunakan meriam air dan menyekat kapal milik Filipina ke Second Thomas Shoal, menghantar peronda udara berdekatan Taiwan dan kehadiran tentera lautnya mengawasi kapal-kapal ketenteraan China di kawasan itu.
China telah membina pulau buatan di beberapa kawasan terumbu karang di Laut China Selatan serta membina kemudahan tentera dan landasan pesawat.
Laporan bahawa kapal China berada di Terumbu Karang Iroquois (Iroquois Reef) dan Sabina Shoal - kedua-duanya dituntut oleh Filipina menimbulkan kebimbangan pada Kementerian Pertahanan Filipina.
China mengabaikan keputusan tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012.
Sembilan garis putus-putus merupakan isu kompleks berkenaan tuntutan China terhadap beberapa bahagian di Laut China Selatan.
Baru-baru ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan sokongan terhadap Filipina dalam kedua-dua insiden itu dan meminta China menghormati undang-undang antarabangsa.
Amerika Syarikat turut meminta China untuk terlibat dalam sesi dialog dan berbincang bagi mengelakkan krisis yang lebih besar di Laut Cina Selatan.
Walaupun negara lain menuntut kawasan di perairan yang menjadi pertikaian itu, China dilihat paling agresif dengan membina fasiliti tentera lengkap dengan landasan kapal terbang, pelabuhan dan sistem radar.
Tuntutan bertindih wilayah di Laut Cina Selatan ini tiada penyelesaian mudah tetapi masalah ini dapat diatasi selagi adanya ruang dialog.
Kerajaan Malaysia dilihat perlu memperkukuhkan strategi dan dasar pertahanan maritim negara. Malaysia telah meluaskan kawalan dan meletakkan aset di kawasan pertindihan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak ke perairan bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki negara lain.
Keupayaan dan pencapaian ketenteraan Malaysia dalam melindungi kedaulatan di Laut Cina Selatan amat membanggakan. Pemilikan aset ketenteraan milik TLDM merangkumi sembilan aset permukaan antaranya KD Mahawangsa, KD Lekiu, KD Terengganu, dua kapal selam (Kd Tunku Abdul rahman dan KD Tun Abdul Razak), frigat, empat korvet, kapal tempur pesisir, enam kapal peronda dan kapal layar serta empat aset udara (KD Rajawali).
Namun begitu, ekoran insiden-insiden ini, adakah pertahanan negara hanya cukup dengan meluaskan kawalan di kawasan perairan atau masih perlu ditambah baik dengan kelengkapan dan aset ketenteraan moden dan terbaharu.
Pengoperasian kapal-kapal yang semakin usang menjadi suatu cabaran besar kepada TLDM. Keperluan untuk operasi ketenteraan dan latihan yang semakin meningkat dan kos selenggaraan yang tinggi perlu diberikan perhatian oleh negara.
Sebanyak RM3.8 bilion diperuntukkan untuk pertahanan negara pada 2021, memperlihatkan peningkatan sebanyak 46 peratus dalam unjuran belanjawan.
Namun, dengan keadaan landskap keselamatan serantau yang tidak menentu, cabaran dan tanggungjawab yang besar ini boleh dihadapi dengan pertambahan sumber dan dana aset-aset maritim baharu yang lebih canggih dan terkini.
Malaysia perlu bertindak segera untuk menambah peruntukan pertahanan di Laut China Selatan ini.
Peruntukan pertahanan di Laut Cina Selatan perlu diambil berat oleh pihak kerajaan serta pemimpin politik, baik daripada pucuk pimpinan kerajaan mahupun pembangkang. Pelbagai konflik yang semakin kerap berlaku di Laut China Selatan ketika ini merupakan satu petanda awal bahawa ketegangan di laluan paling berharga di dunia ini akan semakin meningkat.
Pentingnya semua pihak membuka mata bagi usaha memperbanyak peruntukan bagi aset ketenteraan maritim untuk melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara.
* Datuk Mohd Imran Tamrin merupakan peguam dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Imran Tamrin
Thu Aug 17 2023
![[KOLUMNIS] Konflik Laut China Selatan: Jangan ambil mudah, tingkatkan aset pertahanan negara [KOLUMNIS] Konflik Laut China Selatan: Jangan ambil mudah, tingkatkan aset pertahanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633274759_LautChinaSelatan.jpg)
Pelbagai konflik yang semakin kerap berlaku di Laut China Selatan ketika ini merupakan satu petanda awal bahawa ketegangan di laluan paling berharga di dunia ini akan semakin meningkat.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.
![[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali [KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737429573_KanserServik.jpg)
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
![[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik [KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734494383_mahasiswa.jpg)
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.
![[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan [KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731142149_tbMALBATT.jpg)
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
![[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik [KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733197724_TBKhaledNordin.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732842134_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
![[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita [KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706453700_TBGazaPalestine.jpg)
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
![[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024) [KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730943757_GlobalPeaceMission.jpg)
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
![[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia [KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730169403_AnwarIbrahimErdogan.jpg)
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.