BANGKOK: Undian ketiga memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis, telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Pengundian itu dibuat berikutan usaha pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat, untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri gagal pada 13 dan 19 Julai.
Bagaimanapun, pada Isnin Pejabat Ombudsman Thailand memfailkan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pengundian sehingga mahkamah memutuskan perkara itu.
Wan Muhamad Noor berkata penangguhan itu selepas berunding dengan pegawai undang-undang dan penasihatnya berikutan ketidaktentuan undang-undang.
Media tempatan melaporkan bahawa persidangan serentak kedua-dua dewan untuk pengundian perdana menteri mungkin dimasukkan semula kepada agenda Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Ketika kebuntuan politik berlarutan lebih dua bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei, Thailand masih belum memilih perdana menteri baharu.
Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu dengan 141 kerusi, kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan.
Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab itu selepas Pita gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Undian enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usaha Pita untuk menjadi perdana menteri.
Pada 19 Julai, Mahkamah Perlembagaan memerintahkan penggantungan sementara Pita sebagai ahli Parlimen (MP).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Undian ketiga memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis, telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha. - Gambar fail/Facebook/Retaj Hotels and Hospitality

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.

Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.

Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.

Harapan baharu rakyat Selatan Thailand, permudah proses damai
Wujud harapan baharu dalam proses dialog damai Selatan Thailand selepas kejayaan Perdana Menteri Srettha Thavisin membentuk kerajaan.

Thailand: Pheu Thai umum gabungan baharu termasuk parti pro-tentera bentuk kerajaan
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa.

Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.

Pheu Thai usaha tamatkan kebuntuan politik menerusi pakatan baharu
Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei.

Thailand: Parti Bhumjaithai umum sertai Pheu Thai bentuk gabungan baharu
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat.

Thailand: Parti Pheu Thai akan bentuk pakatan baharu tanpa MFP
Parti Pheu Thai akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.

Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.