BEIJING: Langkah keselamatan dan kawalan COVID-19 kini dipertingkat terutama di Beijing, menjelang perhimpunan politik terpenting di China - Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-20.
Perhimpunan politik selama seminggu yang diadakan setiap lima tahun sekali itu akan berlangsung di Great Hall of the People yang luas di Dataran Tiananmen, mulai 16 Okt.
Penulis, yang berada di Beijing sejak Julai, akan membuat liputan perhimpunan itu yang bakal mengetengahkan pelan tindakan CPC untuk tempoh lima tahun akan datang dan melepasinya - tempoh penting dalam merealisasikan pemulihan semula negara.
Penulis mendapati semakin banyak anggota polis ditempatkan di jalan raya, selain sedikit 'gangguan' dalam sistem pengangkutan, memandangkan langkah keselamatan sangat penting dalam memastikan perhimpunan penting ini berjalan lancar.
Antara kawasan yang dikawal ketat adalah kemudahan kerajaan berdekatan Dataran Tiananmen, selain kawasan kejiranan, kawasan pelancongan, pasar dan jalan Wangfujing, Sanlitun dan Qianmen.
Beberapa stesen kereta api bawah tanah juga telah ditutup sejak beberapa minggu lepas, terutama di kawasan penting berhampiran bangunan kerajaan atau tempat orang ramai berkumpul seperti di Qianmen, Tiananmen East dan Tiananmen West.
Ada pengguna yang terpaksa turun di stesen kereta api bawah tanah terdekat dan menunggang basikal, berjalan kaki atau menaiki teksi ke destinasi terakhir mereka.
Di stesen bas, kereta api dan metro Beijing, polis dan anggota keselamatan juga melaksanakan prosedur pemeriksaan keselamatan tambahan yang ketat.
Bagi langkah-langkah pencegahan COVID-19, walaupun keputusan ujian COVID-19 selama 72 jam diperlukan untuk sesiapa sahaja berada di kawasan awam, banyak tempat pada masa ini mensyaratkan keputusan ujian dalam tempoh 24 jam. Jika rekod sistem Kit Kesihatan seseorang menunjukkan mereka telah melawat tempat berisiko, mereka akan diminta untuk menjalani ujian setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Kongres akan dijalankan secara tertutup, dengan perwakilan dihadkan berada di hotel, tempat penginapan dan tempat kongres sahaja, dan tidak boleh bertemu orang luar.
Pada Kongres CPC itu, Presiden Xi Jinping dijangka memgekalkan jawatan itu buat penggal ketiga, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin China yang paling berkuasa sejak Mao Zedong.
Seramai 2,296 perwakilan dipilih untuk menghadiri kongres tersebut. Selain menetapkan matlamat dasar negara, kongres itu akan memilih Jawatankuasa Pusat CPC baharu, kepimpinan tertinggi parti dan Suruhanjaya Pusat CPC baharu bagi Kawalan Disiplin.
Sementara itu, pemeriksaan ketat juga dilakukan ke atas wartawan yang memasuki pusat akhbar Kongres CPC di Hotel Nikko New Century Beijing, yang dibuka secara rasmi pada Rabu bagi menyediakan perkhidmatan kepada wartawan yang membuat liputan kongres.
Mereka yang telah pergi ke kawasan berisiko sederhana atau tinggi atau kawasan yang terdapat kes penularan tempatan atau kontek rapat kes COVID-19 atau kes tanpa gejala dalam tempoh 10 hari sebelum pendaftaran, tidak boleh membuat liputan, atau perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Wartawan asing melalui pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki pusat media bagi membuat liputan Kongres CPC di Hotel Nikko New Century Beijing, 13 Okt 2022. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.