ISTANBUL: Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Selasa.
Wakil-wakil terbabit menandatangani deklarasi yang "berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan", lapor Agensi Anadolu.
Wakil-wakil dari 14 kumpulan Palestin telah mengadakan perbincangan di Beijing sejak Ahad.
Rakaman video yang dikeluarkan oleh media tempatan memaparkan Wang berjalan bersama dengan wakil-wakil kumpulan Palestin termasuk Hamas dan Fatah, selepas pertemuan mereka di Beijing.
Wang memuji deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh kumpulan-kumpulan itu bagi membentuk kerajaan sementara untuk mentadbir Gaza selepas perang, menurut laporan media.
"Kemuncak rundingan ialah perjanjian untuk membentuk kerajaan perdamaian nasional sementara bagi Gaza selepas perang.
"Perdamaian adalah perkara dalaman bagi kumpulan Palestin, tetapi ia tidak boleh dicapai tanpa sokongan masyarakat antarabangsa," kata diplomat tertinggi China itu.
Oleh itu, Wang berkata China berhasrat untuk memainkan peranan yang membina dalam menjaga keamanan dan kestabilan di Asia Barat.
"Hari ini kami menandatangani perjanjian untuk perpaduan nasional dan cara untuk melengkapkan perjalanan ini adalah perpaduan nasional.
"Kami komited kepada perpaduan nasional dan kami menyerunya," kata pegawai kanan Hamas, Musa Abu Marzuk yang menghadiri pertemuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Wang (tengah) memuji deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh kumpulan-kumpulan itu bagi membentuk kerajaan sementara untuk mentadbir Gaza selepas perang. - Foto Reuters

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin
Pemimpin dunia memuji Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh 14 kumpulan Palestin, memuji peranan China dalam memudahkan perjanjian itu.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.