BEIJING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat ulang tahun ke-50 kepada gabungan itu yang meraikan jubli emas penubuhannya hari ini.
"Saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-50 kepada BN dan kita harus, tidak menoleh ke belakang tetapi terus berjalan ke hadapan.
"Marilah kita bersama mengembalikan kegemilangan BN dalam arena politik Malaysia seperti digagaskan bekas Presiden UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sejak 50 tahun lepas," katanya.
Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita semasa berkunjung ke Masjid Dongsi, antara masjid tertua di Beijing yang berusia 700 tahun di sini, semalam.
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi pertama ke China sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan 11 hari itu yang berakhir hari ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya dari China, Ding Xuexiang.
Gabungan itu terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut berada di China berkata BN tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau, sebaliknya perlu mendepani perubahan landskap politik negara dalam kerangka lebih luas.
Beliau berharap semangat pembentukan BN pada 1974 itu diterjemahkan semula supaya gabungan itu dapat menghadapi dekad akan datang dengan suntikan semangat dan wajah yang baharu.
"Seperti hubungan diplomatik Malaysia-China (yang dimulakan oleh Abdul Razak), BN juga digagaskan Abdul Razak bagi menghadapi perubahan landskap politik susulan kemunculan pelbagai parti politik dengan ideologi berbeza ketika itu.
"Beliau menggagas BN dengan hasrat memastikan kestabilan sebagai asas penting bagi memajukan negara. Ketika ini pula kita berdepan realiti politik baharu yang suasananya memerlukan BN bekerja dengan wajah, nafas dan pendekatan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi pertama ke China sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022. - Foto Facebook Zahid Hamidi
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.