BEIJING: Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

Menteri Perdagangan Pelaburan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun terdapat beberapa projek yang masih dalam perbincangan, tetapi ada juga projek yang dalam peringkat akhir.

 “Dari segi pelaburan, kami belum ada angka yang boleh kami umumkan.
 

“Namun, terdapat projek yang berada di peringkat akhir dan ada yang masih dalam perbincangan dan menunjukkan peningkatan yang positif.

“Kami akan mengumumkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat," katanya semasa sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena hari terakhir lawatan kerja beliau ke China hari ini.