Fenomena yang dicipta oleh laman sosial adalah sesuatu yang sukar dijangka, namun cukup mengujakan.

Sejak beberapa hari lepas, sebuah kedai menjual taufu di Taiwan menjadi terkenal. Semuanya gara-gara seorang pekerjanya, Yi Tin Chen.

Selepas tersebarnya beberapa keping gambar Yi di laman sosial, kedai itu kini menerima kunjungan lebih ramai pelanggan berbanding biasa.

ye tin

Yi bukan pekerja biasa kerana dengan rupa paras yang tampan dan tubuh yang sasa, dia kelihatan seperti seorang model profesional.

Di laman sosial, banyak reaksi lucu boleh diperhatikan. Di kalangan lelaki, ramai yang nampaknya agak cemburu dengan perhatian yang diterima Yi. Manakala di kalangan wanita pula, kebanyakannya kagum dan terpikat dengan ketampanan Yi.







Perhatian yang diberikan menjadikan Yi popular sekelip mata. Laman Facebooknya kini mempunyai hampir 30,000 pengikut.

Yi, yang kini dilabel sebagai penjual taufu paling seksi, berusia 26 tahun dan berasal dari Taipei.

Melalui maklumat dalam laman Facebooknya, Yi juga merupakan seorang model pakaian dalam dan gemar menghabiskan masa dengan bersenam di gimnasium.

Laporan dari portal media Taiwan juga melaporkan Yi sebenarnya anak kepada tauke kedai taufu berkenaan.