TEHRAN: Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata negaranya bersedia untuk membekalkan gas asli kepada dunia, termasuk Eropah.
Berucap pada sidang kemuncak keenam Forum Negara Pengeksport Gas (GECF) di Doha, Qatar, pada Selasa Raisi berkata sebagai antara pemegang rizab gas asli terbesar dunia, Iran mempunyai kapasiti untuk membekalkannya untuk dunia.
Beliau turut menyeru komuniti antarabangsa menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pasaran tenaga global, lapor Anadolu.
Ini adalah lawatan luar negara keempat Raisi sejak memegang jawatan Ogos lalu dan kunjungan pertamanya ke Qatar.
Raisi berkata, Iran berupaya meningkatkan pengeluaran gas asli dan melaksanakan projek penting dalam sektor minyak dan gas dengan menggunakan kepakaran dan sumber domestik.
Beliau berkata, sekatan yang dikenakan tidak lagi berkesan dan menggesa kerjasama lebih erat dalam kalangan negara pengeksport gas untuk mengabaikan sekatan.
Kenyataan itu dibuat Raisi di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan Barat berhubung krisis Ukraine.
Harga minyak pada Selasa mencecah AS$100 setong, tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun. Niaga hadapan gas asli Eropah juga membimbangkan, meningkat lebih 13 peratus, apabila Rusia membekalkan lebih satu pertiga daripada penggunaan gas di benua itu.
Sementara itu, Menteri Minyak Iran Javad Oji dalam satu temu bual di televisyen berkata di sebalik penggunaan domestik dan eksport yang tinggi, banyak kawasan gas sedia ada masih kukuh dan kawasan baharu turut ditemukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata banyak perjanjian telah dirancang dengan negara pengeksport gas untuk pembangunan kawasan minyak dan gas, pembinaan semula kilang penapisan, dan pemindahan perkhidmatan teknikal serta kejuruteraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Ebrahim Raisi seru komuniti antarabangsa menyokong inisiatif yang bertujuan untuk memastikan keselamatan pasaran tenaga global. - AP

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kemalangan Ebrahim Raisi disebabkan cuaca - Laporan
Siasatan nahas itu telah selesai dan dirumuskan bahawa apa yang berlaku merupakan satu kemalangan.

Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat
Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam.

Hubungan Iran-Malaysia akan terus berkembang maju - Duta
Iran dijangka meneruskan dasar luar dan hubungan dua hala yang sedia ada.

Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.

Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.

Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.

Menteri Luar Malaysia tandatangan nota takziah di kedutaan Iran
Menteri Luar mengunjungi Kedutaan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.

Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.