MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin sifatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan akui selesa bekerjasama dengan beliau selama ini.
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Mesej ini disampaikan Putin kepada Speakernya, Vyacheslav Volodin, yang akan mewakili Rusia ke pengebumian Ebrahim.
"Sebenarnya beliau adalah rakan yang sangat dipercayai. Yakin dan paling utama, tahu apa kepentingan negara.
"Beliau orang yang mengotakan janji dan adalah orang yang tepat untuk bekerjasama. Jika kami bersetuju mengenai sesuatu, kami yakin perjanjian itu akan dipenuhi," katanya.
Putin juga memaklumkan Rusia sedia membantu Iran dalam siasatan nahas yang mengorbankan Ebrahim dan beberapa individu lain.
Sehingga kini, kerajaan Iran belum mengeluarkan laporan awal berkaitan punca nahas.
Astro Awani
Wed May 22 2024

Putin juga memaklumkan Rusia sedia membantu Iran dalam siasatan nahas yang mengorbankan Ebrahim dan beberapa individu lain. - Foto fail/AP
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Penyokong Ukraine adakan tunjuk perasaan depan White House
Puluhan penyokong Ukraine mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan luar White House pada Sabtu untuk mendesak Amerika terus menyokong negara itu.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
David Lammy berkata beliau dan JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat dalam rundingan damai.

Trump jangka bertemu Putin di Arab Saudi
Terdahulu, Presiden Putin telah menjemput Presiden Trump untuk melawat Moscow.

Zelenskyy juga seperti Putin mahu keamanan untuk Rusia dan Ukraine - Trump
Presiden AS bercakap dengan Presiden Ukraine melalui telefon selepas berbincang dengan Presiden Rusia.

Trump umum Putin setuju mulakan rundingan untuk tamatkan perang dengan Ukraine
Presiden AS terima panggilan pertama daripada Presiden Rusia sejak Trump kembali memegang jawatan bulan lalu.

Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Putin menjelaskan bahawa rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.