ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mei 2024.


1. Malaysia sedia pimpin ASEAN ke arah kestabilan, kemakmuran - PM Anwar

Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada Khamis.


3. Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar

Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.


4. Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin

Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin, lapor Agensi Anadolu.


5. Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara ibarat memberi hadiah kepada keganasan.


6. Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda di Jabalia, paksa kakitangan perubatan tinggalkan premis

Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA).


7. Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai

Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.


8. Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak

Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak pada Rabu menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.


9. Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India

Seorang Ahli Parlimen (MP) dari parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan telah dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata.


10. Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter

Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).