TEHRAN: Majlis Bandar Raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Menurut agensi berita Republik Islam (IRNA), pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam sesi ke-240 pada Selasa memutuskan untuk menamakan satu bahagian panjang Lebuhraya Be’sat di selatan bandar raya itu dengan nama Ebrahim.
Selain itu, sebahagian jalan East Pasteur yang terletak di tengah Tehran juga akan dinamakan sempena Raisi.
Jalan Koushk Mesrit di pusat bandar Tehran pula akan dinamakan sempena Amirabdollahian.
Minggu lalu, Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Laporan menunjukkan tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.
Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian terkorban dalam nahas itu.
Helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan 'pendaratan kecemasan'.
Insiden itu berlaku pada Ahad di hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.
Astro Awani
Tue May 28 2024

Sebahagian jalan East Pasteur yang terletak di tengah Tehran akan dinamakan sempena Raisi. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Trafik lebuh raya terhenti, beri laluan singa liar melintas
Singa tersebut dilihat menuju ke sebuah kuil yang terletak di seberang jalan berhampiran.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).

Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.

Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."