LONDON: Selepas hampir dua tahun 'memutuskan' hubungan dengan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akhirnya kembali 'menghadap' Ratu Elizabeth II di sini, Khamis lalu.
Pertemuan 'diraja' itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada media mahupun rakyat Britain sehingga pasangan itu berangkat ke destinasi yang seterusnya.
CNN yang memetik jurucakap pasangan itu sebagai berkata, Harry dan Meghan singgah bertemu Ratu Elizabeth ketika dalam perjalanan mereka untuk menghadiri Invictus Games di Belanda.
Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak pasangan itu mengejutkan keluarga diraja British apabila memutuskan untuk berundur daripada barisan hadapan tugas diraja tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II pada awal tahun 2020.
Pasangan itu memaklumkan akan menghabiskan waktu di Amerika Utara dan turut memutuskan hubungan dengan media yang sudah lama terjalin.
Berita mengejutkan itu menyusuli beberapa tahun yang mencabar buat pasangan itu, yang secara terbuka mengakui bergelut dalam perhatian umum dan semakin terpisah daripada William.
Namun pada tahun lalu, Harry kembali ke United Kingdom (UK) bagi bersama-sama abangnya Putera William untuk merasmikan tugu ibu mereka, Puteri Diana di Sunken Garden di Istana Kensington, tempat yang disukai oleh mendiang Puteri Wales itu.
Kemunculan Harry mencuri tumpuan para media sehingga putera itu terpaksa mendapatkan perlindungan polis untuk kembali.
Harry dan Meghan adalah antara ahli paling kanan dalam keluarga diraja Britain di samping William dan isterinya, Kate Middleton, yang dilihat sebagai masa depan monarki.
Agensi
Sat Apr 16 2022

Putera Harry dan Meghan Markle singgah di London untuk 'menghadap' Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu. - Gambar fail AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Putera Harry kalah dalam usaha cabar kerajaan UK dapatkan kawalan keselamatan
Harry, isteri hilang perlindungan keselamatan di UK susulan pengundurannya daripada tugas-tugas diraja.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harry, Meghan diburu paparazi, hampir kemalangan dalam kejadian 'kejar-mengejar'
Pasangan itu dikejar dengan kereta sehingga hampir membawa bencana di tangan sekumpulan paparazi yang sangat agresif di New York.

Putera Harry tidak muncul di balkoni istana selepas majlis istiadat pertabalan bapa
Putera Harry yang merupakan putera bongsu Raja Charles III dilihat menghadiri istiadat pertabalan bapanya di Westminster Abbey pada Sabtu.

Meghan Markle bidas media Britain
Isteri Putera Harry berang media Britain dakwa tindakannya tidak hadir upacara pertabalan Raja Charles ekoran surat yang dikirim dua tahun lalu.

Putera Harry, Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain
Putera Harry dan Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain

Harry, Meghan 'menghadap' Ratu Elizabeth dalam kunjungan mengejut ke UK
Selepas hampir dua tahun 'memutuskan' hubungan dengan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akhirnya kembali 'menghadap' Ratu Elizabeth II, Khamis lalu.

Meghan Markle menang kes mahkamah baharu terhadap penerbit tabloid UK
Meghan Markle memenangi pusingan terbaharu perjuangan privasinya yang berpanjangan dengan penerbit Mail.

Puteri Diana dinobat wanita diraja dengan wajah paling sempurna
Diana menewaskan Permaisuri Rania dari Jordan dan dua menantunya, Kate Middleton dan Meghan Markle.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.