PUTERA HARRY tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip yang mangkat Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan Harry terus berangkat ke Istana Buckhingham sejurus mendarat di Heathrow dari Los Angeles dan dijangka akan menghadiri Majlis perpisahan Duke Of Edinburgh 17 April ini.

Bagaimanapun kepulangan Putera Harry tidak disertai isterinya Meghan Markle yang sedang hamil dan dinasihatkan agar kekal berada di L.A.

Meghan pada Mac lalu membuat mengejutkan apabila mendakwa tindakan oleh ahli keluarga suaminya menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

Selain itu, aktres itu turut mendakwa keluarga diraja Britain bersikap perkauman dan berbohong.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh Putera Harry dan Meghan dalam temu bual secara eksklusif bersama Oprah Winfrey di saluran televisyen CBS.