LOS ANGELES: Jurugambar bebas (paparazzi) di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Agensi foto selebriti Backgrid USA Inc mengeluarkan kenyataan Khamis mempertahankan jurugambar bebasnya yang menyaksikan kejadian itu dan menafikan bahawa pengejaran itu hampir mencetuskan kemalangan di jalan-jalan di New York City.
Backgrid mendakwa pihaknya telah menyemak foto dan video daripada empat jurugambar bebas yang berada di lokasi pada malam itu, termasuk tiga menaiki kereta dan seorang menunggang basikal.
"Adalah penting untuk dijelaskan bahawa jurugambar ini mempunyai tanggungjawab profesional membuat liputan acara dan personaliti yang patut diberitakan, termasuk tokoh masyarakat," kata Backgrid dalam satu kenyataan yang diberikan kepada L.A. Times.
"Mereka membuat liputan penginapan pasangan itu di New York City, termasuk kemungkinan menghadiri majlis makan malam selepas majlis anugerah. Mereka tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kesusahan atau bahaya, kerana satu-satunya alat mereka ialah mereka kamera," menurut kenyataan itu.
Paparazi yang bekerja untuk Backgrid menuduh satu daripada kenderaan pengiring keselamatan Harry dan Meghan "memandu dengan cara yang boleh dianggap sebagai melulu".
Agensi foto itu mendakwa bahawa rakaman video menunjukkan SUV itu "menghalang jalan-jalan" dan "diberhentikan oleh polis".
Jabatan Polis New York mengesahkan dengan L.A. Times pada Khamis bahawa pegawai "membantu pasukan keselamatan melindungi Duke dan Duchess of Sussex" pada petang itu.
"Kami faham bahawa pasukan keselamatan Putera Harry dan Meghan Markle mempunyai tugas yang perlu dilakukan, dan kami menghormati kerja mereka," kata Backgrid.
"Kami, bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa menurut jurugambar di tempat kejadian, tiada kemalangan atau hampir kemalangan semasa kejadian.
Namun, agensi foto itu memaklumkan ia "mengambil serius dakwaan Putera Harry dan akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu".
Jurucakap Harry dan Meghan menganggap paparazi di New York "sangat agresif" dan menyifatkan pengejaran itu sebagai "pengejaran tanpa henti, yang berlangsung lebih dua jam".
Meghan, suami dan ibunya, telah diekori jurugambar selepas meninggalkan Woman of Vision Awards di Ziegfield Ballroom.
--BERNAMA-dpa
TAG: Putera Harry, Meghan, paparazzi
Bernama
Fri May 19 2023
![Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan' Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684484659_PrinceHarryandMeg.jpg)
Backgrid USA Inc menafikan bahawa pengejaran itu hampir mencetuskan kemalangan di jalan-jalan di New York City. - Gambar fail/ AP
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
![Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan' Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684484659_PrinceHarryandMeg.jpg)
Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'
Paparazzi di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi.
![Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615176281_OPRAH.jpg)
Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi
Menurut rangkaian penyiar CBS, temuramah itu menarik sejumlah 17.1 juta penonton di Amerika Syarikat.
![Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579600102_TheDukeandDuches.jpg)
Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja
Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
![Luahan sedih yang dapat dirasai, ini ucapan penuh Putera Harry di London Luahan sedih yang dapat dirasai, ini ucapan penuh Putera Harry di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579487268_princeharry.jpg)
Luahan sedih yang dapat dirasai, ini ucapan penuh Putera Harry di London
Putera Harry dilanda kesedihan teramat sangat apabila terpaksa melepaskan tugas Diraja selepas memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu.