MENDIANG Puteri Diana ditabalkan sebagai wanita dari anggota keluarga diraja dengan wajah paling menarik, berdasarkan kiraan nisbah yang dibangunkan oleh masyarakat Yunani kuno untuk mengukur kesempurnaan fizikal.

Portal berita Daily Mail melaporkan, raut wajah Diana itu malahan menewaskan Permaisuri Rania dari Jordan dan dua menantunya, Kate Middleton dan Meghan Markle.

PUTERI DIANA

Seorang pakar bedah plastik bernama Dr. Julian De Silva menggunakan versi digital nisbah berkenaan dalam penyelidikannya dan hasilnya, Diana menduduki tempat pertama dengan skor 89 peratus.

Bentuk wajahnya, termasuk ukuran dan kedudukan bibir, hidung, dagu, dan garis rahang dilihat paling sesuai dengan nisbah ideal.

Diana duduki tempat pertama dengan skor 89 peratus.

“Diana mendapat skor tertinggi untuk bentuk wajahnya, lebar hidungnya, kening, dahi dan alisnya. Skor terendahnya adalah pada dagu dan bibirnya. Bibirnya agak nipis dan tidak terlalu jelas dan dagunya kurang ideal berbanding wanita lain," kata De Silva.

RATU RANIA

Rania anggota keluarga diraja yang masih hidup dengan wajah paling sempurna.

Ratu Rania dari Jordan pula wanita diraja yang masih hidup dengan wajah paling sempurna dengan penilaian 88.9%.

"Dia mendapat nilai tertinggi dari dagunya yang paling hampir dengan ideal dan juga bibirnya. Skornya rendah kerana lebar hidung dan kawasan keningnya, ” ujar De Silva.


GRACE KELLY

Bahagian mata Grace Kelly dapat markah tertinggi.

Bekas bintang Hollywood dan Puteri Monaco ini memperoleh skor 88.8%. Dia mendapat markah tertinggi untuk jarak matanya, yang nampaknya hampir ideal dengan skor 99.8%. Bibirnya juga mendapat markah tinggi.


MEGHAN MARKLE

Meghan disifatkan punya simetri wajah hampir sempurna.

Meghan Markle pula di tempat keempat dengan skor 87.4%. Pakar memujinya kerana simetri wajahnya yang hampir sempurna dengan hidung dan dagu yang berbentuk ideal yang paling hampir dengan standard ideal masyarakat Yunani.


KATE MIDDLETON

Jarak hidung dan bibir Kate antara kelebihannya.

Bakal permaisuri Britain ini pula di tempat kelima dengan skor 86.82%. Biarpun di tempat terakhir dalam senarai ini, jarak antara hidung dan bibirnya serta jarak mata dianggap oleh pakar sebagai hampir sempurna.



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!