Sekurang-kurangnya empat orang terkorban manakala hampir 100 orang cedera apabila sebuah kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 magnitud melanda bahagian timur laut India berdekatan dengan sempadan Myanmar dan Bangladesh pada awal pagi Isnin.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sebuah gegaran telah dirasakan sekitar jam 4.35 pagi (GMT 2305 GMT Ahad) 33 kilometer di barat-barat laut bandar Imphal, ibu negeri Manipur.

Dalam penilaian awal, USGS berkata ‘beberapa korban dan kemusnahan mungkin berlaku dengan impak setempat’.

Negeri-negeri di timur laut India bersambung dengan keseluruhan geografi negara itu melalui unjuran tanah di kawasan yang mempunyai aktiviti seismik aktif. Wilayah sempadannya agak terpecil dengan populasi yang berselerak di sebelah Myanmar.

Di bandar Guwahati, beberapa buah bangunan dilaporkan musnah akibat bencana tersebut dan penduduknya kini masih dalam keadaan terkejut.

Selain impak kekuatan gegaran turut dirasai di Kolkata yang terletak 600km dari pusat gempa, di Dhaka, Bangladesh pula sekurang-kurangnya 24 orang dikejarkan ke hospital akibat cedera.