JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad, lapor agensi meteorologi dan geofizik negara itu, menurut Xinhua.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi melanda Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad.
  • Gempa berlaku pada 4.37 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa 17 km ke barat daya daerah Tapanuli Utara.
  • Kekuatan gempa tercatat pada III MMI di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.


Gegaran berlaku pada 4.37 pagi waktu Jakarta (2137 GMT Sabtu) dengan pusat gempa terletak 17 kilometer (km) ke barat daya daerah Tapanuli Utara, menurut agensi itu.

Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.

-- BERNAMA