Pusat gempa dengan kedalaman 106.7 km ditentukan pada 19.755 darjah selatan dan 175.041 darjah barat.
SUVA: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan 72 kilometer (km) barat Pangai, Tonga pada 12:29 waktu tempatan (0029) Isnin, lapor
Xinhua memetik US Geological Survey (USGS).
Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan setakat ini.
Pusat gempa dengan kedalaman 106.7 km ditentukan pada 19.755 darjah selatan dan 175.041 darjah barat, menurut USGS.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami berdasarkan gempa itu.
--BERNAMA-XINHUA