Menurut Kementerian Pertahanan negara, pesawat latihan tempur L-39ZA terhempas semasa persiapan untuk pertunjukan udara yang dijangka diadakan pada Sabtu di Pangkalan Penerbangan ke-3 berhampiran Bandar Plovdiv.
Ia berkata bahawa langkah telah diambil untuk memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh kejadian itu, dan pertunjukan udara itu telah dibatalkan.
-- BERNAMA
