Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 km ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.
Menurut pegawai, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.
Ketiga-tiga kru segera dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk selepas helikopter itu terbakar sejurus terhempas.
"Malangnya, semua tiga kru telah meninggal dunia berikutan kemalangan ini," kata pegawai kanan polis Porbandar, Bhagirath Singh Jadeja.
Menurut Jadeja, kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari (waktu tempatan) ketika helikopter itu cuba mendarat di lapangan terbang Porbandar.
Polis India dan Pengawal Pantai sedang menyiasat punca nahas itu, katanya.
Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang itu.
--BERNAMA-XINHUA