SANTIAGO: Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah selatan Chile, Aysen pada Jumaat, menurut kenyataan Direktorat Aeronautik Awam Chile.

Mangsa yang terkorban termasuk juruterbang dan enam penumpang.

Pasukan penyiasat sedang menuju ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut, lapor Xinhua memetik kenyataan agensi itu.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, dengan cuaca yang mencabar menjadi antara faktor yang sedang dipertimbangkan.

"Operasi seterusnya ialah proses siasatan. Oleh itu, pendakwa wilayah telah ditempatkan di pos kawalan bersama pakar-pakar yang berkaitan," kata perwakilan presiden wilayah Aysen, Rodrigo Araya kepada media tempatan.

Pasukan penyelamat dijangka tiba di lokasi kemalangan pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.

-- BERNAMA