PERDANA Menteri United Kingdom Boris Johnson menasihati rakyatnya untuk tidak mengambil mudah mengenai COVID-19 biarpun banyak laporan positif berkenaan vaksin pandemik itu kini.
Tegasnya, ini bukan masa untuk berhenti melawan COVID-19.
Beliau membuat kenyataan berkenaan selepas mengumumkan peringkat baru sekatan di bandar dan wilayah di UK berkuatkuasa 2 Disember ini.
Ia selepas Johnson mengumumkan beberapa kelonggaran bagi tiga peringkat untuk wilayahnya selepas sekatan yang berakhir 2 Disember ini.
“Kita berharap sesudah musim luruh, pembangunan vaksin akan menamatkan segala sekatan. Sekarang, kita mesti mengharungi musim sejuk ini, yang dijangka membebankan lagi perkhidmatan kesihatan UK.
“Data menunjukkan, langkah-langkah yang diambil ini berjaya mengurangkan penularan jangkitan. Bersama-sama kita mencegah supaya perkhidmatan kesihatan kita tidak terbeban.
“Sekiranya kita mengambil mudah sekarang, kita berisiko untuk hilang kawalan penularan ini dan memaksa kita menjalankan sekatan yang lebih ketat,” jelasnya.
Kebanyakan kawasan di UK akan menyaksikan sekatan diteruskan pada peringkat sederhana.
Ini bermakna kedai dan restoran boleh dibuka dengan beberapa sekatan.
Kerajaan UK menjalankan sekatan empat minggu di England awal bulan ini untuk membendung peningkatan kes ketika musim luruh.
Menteri Kesihatan UK melaporkan kadar jangkitan menurun namun negara berkenaan harus kekal berhati hati.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

JOHNSON: Sekiranya kita mengambil mudah sekarang, kita berisiko untuk hilang kawalan penularan ini dan memaksa kita menjalankan sekatan yang lebih ketat. (Foto AP/Fail)

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.

UNL: England gugur lapan pemain utama
The Three Lions akan menentang Greece, Jumaat ini, sebelum kembali ke Wembley tiga hari kemudian untuk menentang Republik Ireland.

UNL: Pep Guardiola 'tidak gembira' Jack Grealish tersenarai dalam skuad England
Pep Guardiola, tidak berpuas hati apabila nama Jack Grealish tersenarai dalam skuad England menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), November ini.

Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.

UNL: Tiga tonggak muda terlepas wakili England
Ketiga-tiga mereka tidak dapat sertai skuad yang akan beraksi di St George's Park, namun Lee Carsley dijangka tidak akan panggil pengganti.

UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Sebelum perlawanan, Kane menerima anugerah topi emas yang mengiktiraf Kane sebagai pemain ke-10 beraksi dalam 100 aksi buat England.

Kane intai penampilan ke-100
Menurut Persatuan Bola Sepak (FA) England, Kane akan menjadi pemain ke-10 negara tersebut mencapai sasaran berkenaan.

UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.