Sebelum perlawanan bermula, penyerang berusia 31 tahun itu menerima anugerah topi emas yang mengiktiraf Kane sebagai pemain ke-10 beraksi dalam 100 aksi buat England, sekali gus menjadikannya pemain pertama diberi penghargaan tersebut selepas Wayne Rooney pada 2014.
Lukas Hradecky bertindak cemerlang sebagai penjaga gol Finland yang banyak menyelamatkan percubaan berbahaya skuad The Three Lions sehingga terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Bekas pemain Tottenham Hotspur itu akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan selepas rembatan derasnya menemui jaringan pada minit ke-57 sebelum menggandakan kelebihan 2-0 menerusi hantaran pemain Chelsea, Noni Madueke, di samping mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan.