TRENT Alexander-Arnold, Cole Palmer dan Declan Rice antara nama yang digugurkan dalam senarai terbaru skuad England pimpinan Lee Carsley untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) yang akan datang.

The Three Lions akan menentang Greece, Jumaat ini, sebelum kembali ke Wembley tiga hari kemudian untuk menentang Republik Ireland tetapi akan kehilangan lapan pemain utama untuk perlawanan itu.

Alexander-Arnold digantikan oleh Conor Bradley pada minit ke-25 ketika Liverpool menang 2-0 ke atas Aston Villa sambil Arne Slot berharap kecederaan itu tidak serius.

Dan ketiadaannya pasti akan dirasai oleh skuad Three Lions.

Palmer -- yang terlepas sesi latihan berikutan terjahan Lisandro Martinez ketika Chelsea seri dengan Manchester United sebelum menentang Arsenal -- merupakan seorang lagi tonggak yang akan tercicir.

Musim ini, 12 penglibatan Palmer (tujuh gol, lima bantuan jaringan) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya diungguli oleh bintang Liverpool, Salah,iaitu 14.


Duo Arsenal, Bukayo Saka dan Rice turut digugurkan akibat masalah kaki yang menyaksikan mereka terlepas kekalahan Liga Juara-Juara (EPL) The Gunners kepada, Inter minggu lalu.

Phil Foden dan Jack Grealish juga diketepikan dengan Pep Guardiola meluahkan kekecewaannya mengenai keputusan Carsley itu.

Aaron Ramsdale daripada Southampton dan Levi Colwill daripada Chelsea juga telah menarik diri daripada skuad awal 26 pemain.

Bagaimanapun, situasi ini telah membuka pintu kepada pemain Aston Villa, Morgan Rogers, untuk menerima panggilan pertamanya selepas mempamerkan aksi cemerlang di bawah Unai Emery musim ini.