1. Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
China kini mengehadkan kanak-kanak di negara tersebut boleh bermain permainan video selama 15 jam sahaja sepanjang sebulan cuti sekolah.
2. Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu, lapor agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan..
3. Lebih 700 aktivis iklim ditahan di The Hague
Lebih 700 aktivis iklim ditahan pada Sabtu semasa demonstrasi di lebuh raya berhampiran The Hague apabila mereka menghalang laluan dan enggan bersurai, menurut polis Belanda.
4. Kebakaran Los Angeles: Jennifer Garner jadi sukarelawan, sedih hilang rakan, lihat kemusnahan
Aktres Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabat dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk di Palisades dan Eaton.
5. Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis, anugerah awam tertinggi AS.
6. 'Tersilap hantar', gudang perabot terkenal terima periuk api antikereta kebal
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu.
7. Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.
8. Presiden Korea Selatan tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol tidak akan menghadiri sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya minggu ini atas faktor keselamatan, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan peguamnya pada Ahad.
9. Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
Beberapa kawasan di Indonesia dilanda banjir besar dan angin kencang susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan kemusnahan meluas termasuk rumah tenggelam, kerosakan kemudahan awam dan kawasan pertanian yang terjejas.
10. Tiada penyakit berjangkit baharu di China - CDC
Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China dan penyakit berjangkit pernafasan yang wujud ketika ini semuanya disebabkan oleh patogen yang diketahui, menurut seorang pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (China CDC)