1. UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
2. Imigresen Filipina akan usir dua pedofil dilabel sebagai warga asing tidak diingini
Mereka akan segera diusir dan akan diletakkan dalam senarai hitam yang melarang mereka daripada memasuki semula Filipina.
3. Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah
Empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.
4. Indonesia tingkatkan kawalan keselamatan menjelang pelantikan Presiden
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah menggerakkan 100,000 anggota, termasuk tentera, polis dan anggota penguatkuasa wilayah.
5. Sebab kematian Liam Payne didedah dalam autopsi awal
Pihak berkuasa berkata, Payne yang terjatuh dari balkoni di tingkat tiga Hotel CasaSur Palermo menyebabkan kecederaan mematikan.
6. Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia.
7. Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
8. Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.
9. WHO dakwa Israel halang pakar perubatan memasuki Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa Israel menghalang pakar perubatan daripada memasuki Gaza untuk membantu klinik-klinik di kawasan terkepung
10. Lagi serangan bom di Somalia, tujuh maut
Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.