ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.

1. Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen

Kira-kira 90,000 anggota polis dan pasukan keselamatan Sri Lanka dikerah mengawal keselamatan semasa Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan pada Khamis, kata jurucakap polis pada Selasa, lapor Xinhua.


2. Penerbangan antara Australia, Bali di Indonesia digantung akibat awan abu gunung berapi

Penerbangan antara Australia dan wilayah Bali di Indonesia digantung akibat abu dari letusan gunung berapi, lapor Xinhua.


3. Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat

Trajektori kerjaya Elon Musk kini melibatkan penglibatan dalam pengurusan kerajaan pula apabila beliau dan Vivek Ramaswamy dilantik untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) pagi ini.


4. Trump namakan John Ratcliffe sebagai pengarah CIA

Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional (DNI) sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada Selasa, menurut Agensi Anadolu.


5. Trump namakan Steven Witkoff sebagai utusan khas ke Asia Barat

Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa beliau telah memilih Steven Witkoff, seorang pelabur hartanah terkemuka dan penderma kempen, sebagai utusan khasnya ke Asia Barat.


6. Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok

Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat mungkin akan turut menguntungkan TikTok.


7. Israel dakwa sudah penuhi kebanyakan tuntutan AS di Gaza

Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.


8. 35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China

Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).


9. Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh

Jerman dijangka mengadakan pilihan raya pada 23 Februari selepas kejatuhan kerajaan berhaluan tengah-kiri yang dipimpin Canselor Olaf Scholz, menurut sumber yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).


10. Navin Ramgoolam dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius

Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen, lapor Agensi Anadolu.