ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin 17 September 2024.

1. Houthi lancar peluru berpandu hipersonik "Palestine 2"

Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama "Palestine 2" pada Isnin.

2. Suspek cubaan bunuh kedua Trump didakwa atas kesalahan senjata api

Pihak berkuasa pada Isnin mendakwa seorang suspek berusia 58 tahun yang disyaki merancang membunuh bekas Presiden Donald Trump dengan dua pertuduhan berkaitan senjata api di Florida, lapor United Press International (UPI).

3. Cubaan bunuh: Trump ucap terima kasih kepada perkhidmatan rahsia pastikannya "selamat"

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Republikan Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida, lapor Agensi Anadolu (AA).

4. Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy mengumumkan pada Isnin bahawa pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka, lapor agensi berita Jerman (dpa).

5. Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan

Anggota bomba daerah Nelas, Portugal dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman pada Isnin.

6. Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana

Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana pada 7.36 malam tadi.

7. Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir

Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

8. Pendengaran dakwaan pelanggaran peraturan kewangan terhadap Man City bermula

Pendengaran yang ditunggu-tunggu mengenai dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana terhadap Manchester City ditetapkan bermula pada Isnin, lapor PA Media/dpa.

9. Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan

Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

10. Boris Becker mengahwini teman lama di Itali

Legenda tenis Jerman, Boris Becker telah bernikah dengan teman lamanya, Lilian de Carvalho Monteiro dalam satu majlis di bandar pantai Portofino, Itali pada Sabtu, kata peguamnya kepada agensi berita Jerman dpa pada Ahad.